puisi-puisiku

6.30.2011

Kehidupan

Engkau dibisiki bahawa hidup adalah kegelapan
Dan dengan penuh ketakutan
Engkau sebarkan apa yang telah dituturkan padamu
penuh kebimbangan

Kukabarkan padamu bahawa hidup
adalah kegelapan
jika tidak diselimuti oleh keinginan
Dan segala keinginan akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan
Dan segala macam pengetahuan akan kosong
bila tidak diiringi usaha
Dan segala usaha hanyalah kehampaan
kecuali disertai cinta

Maka bila engkau berusaha dengan cinta
Engkau sesungguhnya tengah
menambatkan dirimu
Dengan wujudnya kamu, wujud manusia lain
Dan wujud Tuhan.

~Khalil Gibran

Tidak ada komentar:

Pengikut